November 27, 2011

Kes Buli.......kita anggap remeh


Kita anggap kes buli ini agak remeh sebab tidak terkena di batang hidung sendiri....Kes buli wujud di mana2 termasuklah QATAR tetapi bukan orang bangsa asing tetapi bangsa Melayu itu sendiri.....Salah siapa???

Mungkin ada yg tidak mengetahui terdapat byk kes buli yg mati.....antaranya seperti yg diceritakan berikut:

Benda sudah pun terjadi, tidak bule direverse. Seorang lagi pelajar mati sebelum berjuang apabila dibunuh rakan seperjuangan sendiri. Nak marah pun tiada gunanya. Yang perlunya sekarang, apa langkah-langkah yang telah dibuat sebelum ini dan akan datang bagi membanteras kes buli sampai mati ini? Kes buli di sekolah dikalangan pelajar-pelajar sudah lama dah. Yang lebih tepatnya kes buli pelajar senior vs pelajar junior.
Keluarga hantar anak untuk menuntut ilmu tetapi kematian yang mereka terima. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham
Makin lama makin bertambah teruk dan serius kes buli di sekolah dikalangan pelajar-pelajar. Masing-masing mahu tunjukkan kekuasaan mereka dan menanam perasan takut antara pelajar senior dengan pelajar junior. Tapi berani-berani budak-budak sekarang ini pun mesti secara berkumpulan, seorang-seorang tak berani punya…..Pengecut!!!!
Kita pasti dah atau belum mengetahui kes kematian seorang pelajar, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri (16 tahun) Maktab Tenetra Diraja setelah tidak sedarkan diri selepas dikenakan hukuman tekan tubi dan ditendang oleh rakannya di dalam sebuah bilik di sekolah itu.(24 JUN 2010). Sedikit sebanyak rentetan ringkas kejadia tersebut ada di bawah ini….

  1. Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri merupakan anak sulung, datang dari keluarga susah tapi keputusan PMR cemerlang dan masuk Maktab tentera Diraja (MTD) pada Februari lalu.
  2. Aktif main ragbi dan sepatunya ada kejohanan ragbi SMSS pada minggu ini
  3. Kemudian datang pula pelajar-pelajar yang berlagak samseng kepada adik Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri diberikan hukuman tekan tubi
  4. Sekitar pukul 10:45 malam (23 JUN 2010) Sedang Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri melakukan tekan tubi itu,  seorang pelajar MTD telah menendang perutnya sekali menyebabkan mangsa yang cuba berdiri dan berjalan menjadi tidak stabil dan kemudiannya terjatuh dan kepalanya terhentak ke lantai sebelum tidak sedarkan diri  (23 JUN 2010)
  5. Seorang anggota tentera yang bertugas di MTD menerima maklumat bahawa pelajar terbabit pengsan di biliknya pada pukul 12.15 tengah malam.
  6. Mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) dan diberikan rawatan kecemasan selama 50 minit
  7. Pelajar malang tersebut, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, sempat diberikan rawatan kecemasan di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira pukul 1.20 pagi.
  8. Laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Besi pada pukul 2 pagi (24 JUN 2010)
  9. Jenazah Mohammad Naim Mustaqim selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Siong pada malam tadi (24 JUN 2010)
  10. Kes ni sudah dalam BOI (board of investigation) tentera dan jadi kes polis jugak
  11. Polis menahan lima pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (RMC) selepas diserahkan oleh pihak tentera kepada pihak polis jam 6.30 petang semalam
  12. Harapan, berikan hukuman setimpal kepada yang bersalah tidak kira anak yang berkedudukan tinggi sekalipun. Ehem……
                       13. Dan, semoga selepas ini kejadian ini tidak berulang sekali lagi.


Namun, segala telah terlambat kepada keluarga mangsa, kerana telah terjadi satu kematian. Pembuli yg jahat masih hidup dn dpt meneruskan kehidupan apatahlagi masih lagi di depan mata ibu dan bapa mereka. Ibu dan bapa mangsa buli, bagaimana???????????
Oleh itu, sebelum berlaku sesuatu yg buruk atau kematian yg akan kita tangisi sehiba-hibanya, ambillah tindakan tegas terhadap pembuli jahat jika kita tahu atau sedar lebih awal. Memang berat sekiranya pembuli itu adalah dr kalangan yg kita kenal ibubapanya.......tapi mencegah lebih awal lagi elok drpd menangisi kematian atau kecederaan parah.
Mungkin pada dasarnya, pembuli bukan karakter yg sebenar, lebih tepat dikatakan influence dr kawan2 yg jahat.....oleh itu peranan ibu bapa kawal anak2, tengok dgn siapa mereka berkawan (kerana jika berkawan dgn org jahat, jahatlah anak kita, berkawan dgn org baik, baiklah anak kita), kemudian jgn cepat melatah sekiranya ada aduan tentang perangai anak2, jgn pula terlalu ambil kisah siapa yg mulakan dulu kerana jika berlaku sesuatu kematian, siapa yg mulakan dulu tidak ada dlm istilah jenayah, ibu bapa jgn terlampau leka dgn hal dunia atau hal akhirat atau leka menolong orang merewang masak sehingga anak2 terbiar, berkeliaran, vandalism, dan menjadi pembuli. Kisah ini bukan sahaja untuk dijadikan nasihat kepada rakan2 cyber yg lain tetapi termasuk diri saya sendiri. Terpulang kpd diri kita sendiri untuk menerimanya secara positif atau negatif......Allahualam



2 comments:

  1. i disagree wt u psl 'kalo kita berkwn dgn org baik, baik la kita"..nope. it never happen to me pun since saya berkwn after abis sekolah hingga dah bekerja..mcm2 jenis kwn sya sebenarnyer, since saya x penah pilih 'muka' /bentuk bdn org if nak berkwn..kwn2 saya ada dari pengkid smpi la dah perangai 'bohsia'. so ia bkn mengenai dgn siapa kita berkwn sometimes but siapa diri kita sebenarnye dikalangan kwn2 kita. we need to hv our own jatidiri, otherwise kita pun terlingkup sama mcm kwn2 kita yg tak 'berapa' baik tuh..(mcmla kita nie 'suci' bebenor kan..heh)saya sendiri pun nak jelak berkwn dgn org yg bermanis muka/sopan santun sbb dah penah 'terkena' dgn spesis mcm nie.

    ReplyDelete
  2. salam anonymous from qatar,

    betul pendapat saudari, kagum kerana saudari mempunyai jatidir yg tinggi, tidak terpengaruh sedikit pun pada pengkid.Sifat jatidiri yg jarang ada pada remaja perempuan.....
    namun, tidak semua anak2 ada sifat jatidir seperti saudari....apatah lagi dgn keadaan parents yg busy (tidak ditujukan pada parents yg bekerja, ttpi pada ibu yg tdk bekerja ttpi busy dgn hal2 sampingan sehingga anak tidak dipantau, seperti yg berlaku skrg ni).

    Sifat jatidiri mmg penting, yg pasti ia semuanya bermula dari rumah means ibubapa.....
    kalau parents tdk tegas or lebih mengutamakan hal lain, tidak akan terbentuk sifat jatidiri dlm diri anak2. Sekiranya anak2 yg tiada jatidiri ini lemah dan bercampur dgn yg kaki buli atau yg panas baran seperti yg berlaku di AKIS, maka joinlah dia kaki buli juga.

    Seperti juga yg berlaku di kelas agama di community, mcm2 kes....semuanya tiada jatidiri, ibubapa ambil ringan tingkah laku anak2.

    Ada juga kes anak ppuan merokok, ibu menyalahkan kawan anaknya yg merokok, sedangkan tiada jatidiri dlm anaknya.Persoalannya, kenapa tiada jatidiri dlm anaknya?

    Tiada ibubapa yg akan menyalahkan diri sendiri or anak mereka sekiranya terjadi apa2...
    Mereka akan menyalahkan orang lain juga......
    Allahualam....

    ReplyDelete