February 11, 2011

Tangan yang memberi



 Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Menolong orang jangan harap balasannya
Biar dengan ikhlas janganlah separuh hati

Tiap yang berbakti Tuhan Maha Mengetahui

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Kesucian diri itulah sifat paling dipuji
Senyuman di bibir keindahan budi bahasa
Keluhuran hati kita akan berbahagia

Sikit sama merasa
Fakir jangan dilupa
Hidup kita hanya sementara
Manusia bersaudara
Kasih sesama kita
Jauhi dari bersengketa

Seringkali tajuk lagu saja yg dikupas. Dan kita lupa akan bait2 terakhir lagu ini yg mana Manusia bersaudara, Kasih sesama kita, jauhi dari bersengketa.......
Tangan yang menerima ucapkanlah terima kasih kepada tangan yang memberi. Tidak semestinya pemberian berupa barangan tetapi pemberian dari segi tenaga atau buah fikiran yang mungkin ianya luar dari kemampuan kita. Sukarnya lidah kita melafazkan ucapan terima kasih sebaliknya mempertikaikan apapun pemberian atau pertolongan orang walaupun sekelumit cuma. Jelas kelihatan sikap angkuh dan sombongnya kita. Aku bersyukur pada Mu Ya Allah kerana meringankan lidah ku utk melafazkan ucapan terima kasih walaupun aku hanyalah insan yg serba kekurangan yang tiada kehebatan. Alhamdullillah. 

No comments:

Post a Comment