November 27, 2011

Kes Buli.......kita anggap remeh


Kita anggap kes buli ini agak remeh sebab tidak terkena di batang hidung sendiri....Kes buli wujud di mana2 termasuklah QATAR tetapi bukan orang bangsa asing tetapi bangsa Melayu itu sendiri.....Salah siapa???

Mungkin ada yg tidak mengetahui terdapat byk kes buli yg mati.....antaranya seperti yg diceritakan berikut:

Benda sudah pun terjadi, tidak bule direverse. Seorang lagi pelajar mati sebelum berjuang apabila dibunuh rakan seperjuangan sendiri. Nak marah pun tiada gunanya. Yang perlunya sekarang, apa langkah-langkah yang telah dibuat sebelum ini dan akan datang bagi membanteras kes buli sampai mati ini? Kes buli di sekolah dikalangan pelajar-pelajar sudah lama dah. Yang lebih tepatnya kes buli pelajar senior vs pelajar junior.
Keluarga hantar anak untuk menuntut ilmu tetapi kematian yang mereka terima. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham
Makin lama makin bertambah teruk dan serius kes buli di sekolah dikalangan pelajar-pelajar. Masing-masing mahu tunjukkan kekuasaan mereka dan menanam perasan takut antara pelajar senior dengan pelajar junior. Tapi berani-berani budak-budak sekarang ini pun mesti secara berkumpulan, seorang-seorang tak berani punya…..Pengecut!!!!
Kita pasti dah atau belum mengetahui kes kematian seorang pelajar, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri (16 tahun) Maktab Tenetra Diraja setelah tidak sedarkan diri selepas dikenakan hukuman tekan tubi dan ditendang oleh rakannya di dalam sebuah bilik di sekolah itu.(24 JUN 2010). Sedikit sebanyak rentetan ringkas kejadia tersebut ada di bawah ini….

  1. Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri merupakan anak sulung, datang dari keluarga susah tapi keputusan PMR cemerlang dan masuk Maktab tentera Diraja (MTD) pada Februari lalu.
  2. Aktif main ragbi dan sepatunya ada kejohanan ragbi SMSS pada minggu ini
  3. Kemudian datang pula pelajar-pelajar yang berlagak samseng kepada adik Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri diberikan hukuman tekan tubi
  4. Sekitar pukul 10:45 malam (23 JUN 2010) Sedang Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri melakukan tekan tubi itu,  seorang pelajar MTD telah menendang perutnya sekali menyebabkan mangsa yang cuba berdiri dan berjalan menjadi tidak stabil dan kemudiannya terjatuh dan kepalanya terhentak ke lantai sebelum tidak sedarkan diri  (23 JUN 2010)
  5. Seorang anggota tentera yang bertugas di MTD menerima maklumat bahawa pelajar terbabit pengsan di biliknya pada pukul 12.15 tengah malam.
  6. Mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) dan diberikan rawatan kecemasan selama 50 minit
  7. Pelajar malang tersebut, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, sempat diberikan rawatan kecemasan di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira pukul 1.20 pagi.
  8. Laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Besi pada pukul 2 pagi (24 JUN 2010)
  9. Jenazah Mohammad Naim Mustaqim selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Siong pada malam tadi (24 JUN 2010)
  10. Kes ni sudah dalam BOI (board of investigation) tentera dan jadi kes polis jugak
  11. Polis menahan lima pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (RMC) selepas diserahkan oleh pihak tentera kepada pihak polis jam 6.30 petang semalam
  12. Harapan, berikan hukuman setimpal kepada yang bersalah tidak kira anak yang berkedudukan tinggi sekalipun. Ehem……
                       13. Dan, semoga selepas ini kejadian ini tidak berulang sekali lagi.


Namun, segala telah terlambat kepada keluarga mangsa, kerana telah terjadi satu kematian. Pembuli yg jahat masih hidup dn dpt meneruskan kehidupan apatahlagi masih lagi di depan mata ibu dan bapa mereka. Ibu dan bapa mangsa buli, bagaimana???????????
Oleh itu, sebelum berlaku sesuatu yg buruk atau kematian yg akan kita tangisi sehiba-hibanya, ambillah tindakan tegas terhadap pembuli jahat jika kita tahu atau sedar lebih awal. Memang berat sekiranya pembuli itu adalah dr kalangan yg kita kenal ibubapanya.......tapi mencegah lebih awal lagi elok drpd menangisi kematian atau kecederaan parah.
Mungkin pada dasarnya, pembuli bukan karakter yg sebenar, lebih tepat dikatakan influence dr kawan2 yg jahat.....oleh itu peranan ibu bapa kawal anak2, tengok dgn siapa mereka berkawan (kerana jika berkawan dgn org jahat, jahatlah anak kita, berkawan dgn org baik, baiklah anak kita), kemudian jgn cepat melatah sekiranya ada aduan tentang perangai anak2, jgn pula terlalu ambil kisah siapa yg mulakan dulu kerana jika berlaku sesuatu kematian, siapa yg mulakan dulu tidak ada dlm istilah jenayah, ibu bapa jgn terlampau leka dgn hal dunia atau hal akhirat atau leka menolong orang merewang masak sehingga anak2 terbiar, berkeliaran, vandalism, dan menjadi pembuli. Kisah ini bukan sahaja untuk dijadikan nasihat kepada rakan2 cyber yg lain tetapi termasuk diri saya sendiri. Terpulang kpd diri kita sendiri untuk menerimanya secara positif atau negatif......Allahualam



November 17, 2011

Haji 1432 - Tren

Beruntung + bertuah + bersyukur kerana kami antara 4 negara yang terpilih untuk menaiki tren ketika musim haji recently. Kenapa tidak, perjlnan yg jauh menaiki bas atau berjln kaki menjadi singkat dgn adanya tren ke stesyen-stesyen yg wajib haji termasuklah Padang Arafah, Muzdalifah, Jamratul Aqabah dan juga Mina.

 Namun, konsep berasak-asak menaiki tren sudah menjadi trend manusia yg kurang disiplin atau jenis yg mementingkan diri sendiri. Malaysia negara yg dicanangkan sopan santun, berbudi bahasa pun mengamalkan konsep berebut menaiki tren, tak kiralah LRT ke, Komuter ke or Star. Apatah lagi negara lain.

Pengalaman menaiki tren musim haji memang tidak dapat dilupakan, apatah lagi ada antara sahabat2 haji yg mengalami masalah2 tertentu. Menaiki tren mungkin idak menjadi masalah besar, yg menjadi masalah besar ialah menunggu turn naik tren kerana ada antara hamlah2 yg tidak mengikut schedule yg sepatutnya.Maka jadilah insiden asak berasak n menunggu terlalu lama sambil berdiri. Dugaan yg aku alami mungkin hanya menunggu sambil berdiri yg terlalu lama tetapi ada juga sahabat2 lain yg mengalami masalah ketika memasuki gate ke stesyen. Namun sahabat2 lain mendapat pengalaman yg amat berharga ketika hendak masuk ke gate stesyen tren, yang mungkin sukar untuk mereka lupakan dan akan sentiasa segar dlm ingatan. Ada juga bbrp sahabat yg pengsan, bergaduh dgn security yg jaga gate, ada juga yg masuk ke gate dgn cara ketua hamlah nama Khalid (seorang yg terlalu baik n sentiasa mengambil berat dgn anak2 buahnya) yg bending kan badannya untuk memberi laluan sahabat2 wanita untuk masuk ke gate. Sementara sahabat2 lelaki menghalang jalan drpd di rempuh oleh manusia2 yg lain. Aku tak dpt gambarkan bagaimana keadaan ketika itu, tapi sahabat2 lain amat bertuah kerana merasa pengalaman yg begitu mencabar.

Akhirnya sahabat2 sampai ke Muzdalifah beberapa minit sebelum jam 12tgh malam. 3 jam lewat dari jarak aku ketika tiba di Muzdalifah jam 9malam. Namun, tetap bersyukur kerana jemaah haji yg datang dari negara lain yg menaiki bas tiba di Muzdalifah jam 2pagi.....Ya Allah!Kau telah permudahkan aku dan sahabat2 dgn urusan Arafah dan Muzdalifah. Lesson dr kisah tren ni ialah 1. Tren kena strict untuk take turn jemaah dr hamlah2 lain naik tren. 2. Jemaah bukan saja berlatih berjalan kaki, tetapi juga berlatih berdiri terlalu lama sehingga bbrp jam.
Peluang bekerja di sekolah cukup advantage kerana berjalan kaki memang for sure one of the training. Berdiri lama juga antara yang menjadi aktiviti aku ketika di sekolah. Kerana aku suka buat kerja sambil berdiri, lebih cepat siap. Wallahualam.....