Balik ke Malaysia, memberi kesempatan utk kami pergi ke program tamat latihan perdana yg ulung kali disekalikan dengan Polis dan Tentera.
Walaupun tiada siapa kali ini yang tamat latihan tapi kami pergi kerana ingin menyaksikan acara yg amat bersejarah dan sekaligus memberi semangat kpd anak2....walaupun kalau ditanya pada anak2, diorg takde rasa apa2 pun....
Namun acara dicacatkan sedikit apabila PM kita datang tidak mengikut schedule yg sepatutnya dimulakan acara pada pukul lebih kurang 8.15pagi tapi akhirnya acara bermula pada jam 9pagi.....antara hadirin yang hadir telah resah gelisah dan cuaca mulai gelap dan mendung.
Rupa-rupanya memang terjadi cuaca buruk yang mana menyaksikan cuaca gelap dan mendung akhirnya hujan yg begitu lebat dan banjir kilat dia kuarters tentera. Peniaga2 yg mencari rezeki diketika itu, berterbangan duit niaga dan juadah jualan sehinggakan payung berniaga juga diterbangkan angin.
Juga kereta yang diletakkan di bawah pokok juga ada juga yang dihempap dahan besar dan rosak teruk. Mungkin sekiranya PM datang awal, orang ramai mungkin sempat pulang awal slps majlis selesai.
Tapi kami pulang awal sebelum majlis selesai setelah diajak pulang oleh ayahku kerana cuaca semakin gelap.
Tapi kami pulang awal sebelum majlis selesai setelah diajak pulang oleh ayahku kerana cuaca semakin gelap.
Namun apapun, ianya kenangan manis buat kami yang mana ia adalah first time utk anak2 menyaksikan acara bersejarah itu.
No comments:
Post a Comment