July 12, 2010

Ucaplah terima kasih



Terima kasih adalah lambang syukur jika dinisbahkan manusia kepada Allah SWT. Namun kalimah ini adalah simbol mahabah antara sesama insan. Kunci untuk mengeratkan ukhuwah antara manusia dengan manusia.
Aku memerhatikan masyarakat dari jauh dan dari pelbagai sudut. Kadang-kadang aku makin hairan melihat realiti bahawa masyarakat kita semakin ketandusan budi perkerti. Nilai-nilai ketimuran yang penuh kelembutan dan kesopanan yang satu ketika dahulu pernah dibanggakan lesap entah ke mana. Entahlah di mana silapnya. Mungkinkah salah didikan ibu bapa? Kurang belajar agama? Atau mengecapi kesenangan hidup dalam masa yang singkat? Ataupun disebabkan berada di luar negara? 
Terima Kasih
Thank You
Syukran
Baie Dankie
ありがとう(Arigato)
谢谢 (Xiexie)

Satu lafaz mudah, ringkas dan bermakna tetapi tidak ramai sudi melafazkannya. Sudah lama tidak bertemu dengan makcik anda,tiba2 pada suatu hari makcik anda menghadiahkan beberapa helai baju yang dijahitnya sendiri untuk anak anda tetapi anda tidak pula mengucapkan terima kasih di atas pemberian makcik anda sebaliknya mempertikaikan dan mengkritik motif pemberiannya. Pelik melihat budaya mengucapkan terima kasih ini makin lama makin terhakis akibat sikap sombong dan angkuh kita.

Fikir-fikirkanlah apa yang terkandung di sebalik ucapan tersebut. Mudah, namun mengandungi seribu makna. Menunjukkan identiti dan peribadi kita – mengenang budi ataupun memang spesis kurang mengenang budi. Kerana ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan ini, orang akan menilai kita. Kerana dua patah kalimah ini, mungkin ada orang berasa dihargai, dan mungkin juga ada orang berasa sakit hati apabila kalimah ini tidak dituturkan.
Aku menyeru sesiapa yang terbaca artikel ini agar sama-sama selepas ini menghidupkan kembali budaya berterima kasih sesama sahabat agar di kemudian hari, orang akan mengenali kita, generasi yang menghidupkan Islam sebagai generasi yang reti mengenang budi!
Ingat, selepas mendapat sesuatu pemberian, ucapkanlah terima kasih. Selepas penat guru memberi ilmu, ucaplah terima kasih kepadanya. Selepas sahabat kita membantu kita, ucaplah terima kasih kepadanya. Apabila ada insan yang memudahkan urusan hidup kita, ucaplah terima kasih kepadanya. Mudah sahaja kan?

4 comments:

  1. salam..terima kasih kakzu...kerana mengingatkan zana tentang lafaz 'TERIMA KASIH'....suatu ungkapan berharga buat sesiapa sahaja yang tahu menilai....terima kasih kakzu....

    ReplyDelete
  2. memang beti tu...ucapan terima kasih seperti juga ucapan salam..amat susah utk lafazkan. jika kita amati 2 ungkapan ini begitu bermakna dan mendalam sekali maksudnya...mungkin kerana malu untuk memulakan lafaz ini..atau mungkin kadang-kadang terlupa kerana tdk biasa melafazkannya..
    thanks Zu kerana memberi ingatan yg amat berguna ini..

    ReplyDelete
  3. kemana x tumpahnye kuah klu x ke nasik?...
    hehe....renung2kan...

    ReplyDelete
  4. terima kasih Zu.. bagus benar postingnya..

    ReplyDelete