July 12, 2010

Ucaplah terima kasih



Terima kasih adalah lambang syukur jika dinisbahkan manusia kepada Allah SWT. Namun kalimah ini adalah simbol mahabah antara sesama insan. Kunci untuk mengeratkan ukhuwah antara manusia dengan manusia.
Aku memerhatikan masyarakat dari jauh dan dari pelbagai sudut. Kadang-kadang aku makin hairan melihat realiti bahawa masyarakat kita semakin ketandusan budi perkerti. Nilai-nilai ketimuran yang penuh kelembutan dan kesopanan yang satu ketika dahulu pernah dibanggakan lesap entah ke mana. Entahlah di mana silapnya. Mungkinkah salah didikan ibu bapa? Kurang belajar agama? Atau mengecapi kesenangan hidup dalam masa yang singkat? Ataupun disebabkan berada di luar negara? 
Terima Kasih
Thank You
Syukran
Baie Dankie
ありがとう(Arigato)
谢谢 (Xiexie)

Satu lafaz mudah, ringkas dan bermakna tetapi tidak ramai sudi melafazkannya. Sudah lama tidak bertemu dengan makcik anda,tiba2 pada suatu hari makcik anda menghadiahkan beberapa helai baju yang dijahitnya sendiri untuk anak anda tetapi anda tidak pula mengucapkan terima kasih di atas pemberian makcik anda sebaliknya mempertikaikan dan mengkritik motif pemberiannya. Pelik melihat budaya mengucapkan terima kasih ini makin lama makin terhakis akibat sikap sombong dan angkuh kita.

Fikir-fikirkanlah apa yang terkandung di sebalik ucapan tersebut. Mudah, namun mengandungi seribu makna. Menunjukkan identiti dan peribadi kita – mengenang budi ataupun memang spesis kurang mengenang budi. Kerana ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan ini, orang akan menilai kita. Kerana dua patah kalimah ini, mungkin ada orang berasa dihargai, dan mungkin juga ada orang berasa sakit hati apabila kalimah ini tidak dituturkan.
Aku menyeru sesiapa yang terbaca artikel ini agar sama-sama selepas ini menghidupkan kembali budaya berterima kasih sesama sahabat agar di kemudian hari, orang akan mengenali kita, generasi yang menghidupkan Islam sebagai generasi yang reti mengenang budi!
Ingat, selepas mendapat sesuatu pemberian, ucapkanlah terima kasih. Selepas penat guru memberi ilmu, ucaplah terima kasih kepadanya. Selepas sahabat kita membantu kita, ucaplah terima kasih kepadanya. Apabila ada insan yang memudahkan urusan hidup kita, ucaplah terima kasih kepadanya. Mudah sahaja kan?

July 8, 2010

Malaya....i am here...

lama juga blog ditinggalkan...just becoz internet line down server di Malaysia. FA still waiting...coz busy dgn wedding my sister coming soon. Mesin sulam pun end of August confirm dapat, Insyaallah. Tempahan baju raya for kurung and melayu pun sudah ada...not to forget smocking must come first..rezeki di Malaysia juga jgn ditolak...

For those yg ada hitchin ride to my blog, thank you very much.....Insyaallah kalau ada masa zu akan balas kunjungan. And those yg ada add blog Zu, juga thank a lot, Zu akan berbuat the same thing to friend bloggers.