May 18, 2012

Rohani's dotter

 Hanim 5yrs

Hanim 5yrs

May 4, 2012

Ready to post to Fadilah in Malaysia.....


Akhirnya...siap juga 6 helai baju dotter Fadilah.
Sorry fadilah, take you so long waiting.
Enjoy your view before it come to you after 10th May.....







May 1, 2012

Akhirnya...BERSIH berjaya membuat Melayu merusuh Melayu - Luahan hati anak polis


Sanggupkah kita lihat anggota keluarga kita beruniform polis menjalankan tanggungjawab disepak terajang begini? Anak sapa lah ni? Tidak diajar menghormati orang tua.


Malunya aku kalau anak aku macam ni. Langsung tidak menghormati orang tua.
Hari ni ko pijak ayah orang, satu hari nnti orang pulak pijak ko. Anak sapalah yg ni juga?

Aku memang duduk jauh dari Malaysia. Jarang mengambil tahu apa yang terjadi di Malaysia, selain sentiasa bertanya khabar dan menghubungi ayah, emak dan adik-adik. Aku pun lansung tidak kisah apa itu BERSIH, apa yg akan mereka lakukan, apa kaler baju mereka, kalau ada kawan2 di sini bercerita tentang BERSIH aku tak ambil pusing sehinggalah aku terlihat gambar di dalam image google ketika mencari corelle pattern yg baru.

Kesimpulannya:
MAAF!! .....BERSIH yang dilaungkan tidak seBERSIH perkataan. Sekaligus menutup pintu hati aku untuk menerimanya. Terbukti perjuangan yang tiada pedoman, yang tiada hala tuju, perjuangan yang liar. Seterusnya mendidik anak bangsa supaya lupa akan bangsa, agama sendiri, menjadi kurang ajar dan tidak menghormati sesama manusia.


Ramai2 beranilah......cuba satu lawan satu!!!!Mungkin mereka ini pernah melakukan jenayah kerana seperti sudah biasa dgn kelakuan begitu.

Aku tidak menyokong mana2 pihak, namun aku berdiri teguh demi bangsa ku dan agama ku. Tapi tidak sekali2 membenci bangsa dan agama lain. Bukan kerana negara kita demokrasi tetapi dari kecil aku dididik oleh ayah dan mak untuk menghormati orang lain tidak kira siapa jua. Nak tahu apa pekerjaan ayah aku??
Dulu ayah aku Risik Polis Tentera. Berkhidmat untuk negara. Sekaligus rakyat yang ada di dalam negara tersebut. Iaitu MALAYSIA dulunya dipanggil TANAH MELAYU. Rakyat yg tidak kira sama ada pemerintah atau pembangkang. Oleh itu, pihak pembangkang = BERSIH sama sekali tidak patut memaki hamun pihak polis, memukul pihak polis, apatah lagi menggelarkan mereka ANJING. Sama atau tidak menggelarkan kami anak2 ANJING? Bagaimana dengan 9 orang anak saudaraku yg 2 orang adik lelakiku juga berkhidmat dengan PDRM? Tergamak gelaran demikian diberikan kepada mereka.
 KETAHUILAH!!!!
Polis Omputih atau Polis Thailand tak sama dengan Polis Malaysia kerana Polis Malaysia kebanyakkannya beragama ISLAM apatah lagi berbangsa MELAYU. Tahu adat resam, bertimbangrasa dan menjalankan tanggunjawab tugas tidak kira bangsa apa pun.

Masih adakah lagi anggota polis di dalam kereta?Bagaimana sekiranya mereka anggota keluarga kita?

Terlampau banyak tuduhan, cacian, maki hamun yang melampau terhadap anggota polis yang aku baca, yang aku dengar dan aku terima dengan perasaan sedih yang tidak dapat diungkapkan dengan kata kata. Mata aku sentiasa bergenang, sentiasa merah setiap kali aku melihat gambar2 ada antara anggota polis yg dipukul dikhalayak ramai ketika menjalankan tugas (tidak seperti penjenayah yg dipukul didlm soal siasat kerana melakukan jenayah, yg mana mereka deserve it) atau membaca kata2 yang merupakan tuduhan terhadap anggota polis. Namun mereka masih lagi menjalankan tugas mereka walaupun gaji tidak semahal gaji orang lain. Mereka hanya menjalankan tugas dari rezeki yang halal dari kerajaan yang rakyat sendiri pilih.

Mengapa???Hinakah sangatkah tugas anggota polis? Mana lebih hina, anggota polis atau penjenayah yang membakar mayat Susilawai tokey kosmetik yg heboh diperkatakan dulu???


Sebahagian anggota polis selepas terjadinya rusuhan

Kadang kadang aku terfikir, dalam keadaan begini dan dalam pekerjaan yang berisiko, adakah aku sempat berjumpa dengan 2 orang adik lelakiku dalam keadaan aku yg jauh dari mereka. Salah seorangnya yg pernah menembak mati penjenayah dikehendaki dlm kejadian rompak dan peras ugut dan menjadikan tuan rumah sbgi tebusan. Seorang lagi, walaupun diluar waktu kerja, masih lagi mengejar ketika terserempak dgn penjenayah yang merompak di sebuah kedai. Menjalankan tugas mencari rezeki untuk anak2. Dibandingkan dengan orang lain yg lansung tidak bekerja(PEMALAS), drug addict, pengedar dadah dan mcm2 kes jenayah lain. Mungkin mereka yg terlibat dgn BERSIH tidak mengetahui bahawa ada dr kalangan yg menyertai BERSIH itu adalah mat2 menghisap atau yg pernah terlibat dgn kes jenayah yg memang mengambil kesempatan untuk membalas dendam terhdp polis. TIDAK MUSTAHIL.


Apa agaknya yang mereka dapat hasil dari kerja mereka ini?Bagaimana sekiranya masih ada lagi anggota polis di dalam kereta itu?Mungkin ada dikalangan mereka ini penjenayah. TIDAK MUSTAHIL.Sebab kalau dilihat seperti mereka sudah biasa berkelakuan begitu.

Dengan kelakuan mereka sedemikian rupa, mereka fikir kami akan berdiam diri?Berbuat begitu kepada orang2 yg kami sayang. Pada mereka rusuhan dan berbuat begitu pada pihak polis akan membuka mata semua pihak. YA BETUL, MEMBUKA MATA DAN HATI KAMI UNTUK TIDAK KEPADA BERSIH. Terlampau KEJI dan HINA kelakuan mereka terhadap polis. Kami tidak akan mendiamkan diri, tetapi kami juga  tidak mampu berbuat apa2 selain dari hanya mengatakan TIDAK kepada BERSIH.

Kepada ayah (polis pencen), adik-adik dan semua anggota polis tidak kira pangkat apa pun, kami amat berbangga dgn kesabaran kalian dalam menjaga keamanan negara, sanggup menggadai nyawa walaupun dicemuh dan dicaci.