November 26, 2010

Kau sahabat (oleh JøêzZðrt Ë-jõê)

Kau sahabat

Hilai tawa riangmu
senda gurauanmu
kata teguran nasihatmu
kemesraan persahabatanmu
menjadi panduan hidupku

walau sementara cuma bersamamu
dapat untukku kenali keperibadianmu
kejujuran dalam perlakuanmu
cukup buatku untuk....
menghormatimu dirimu...
mengagumi keberanianmu...
menghargai budi jasamu...

kini memori menjadi kenangan
telah kau pergi takkan kembali
menghadap Ilahi yang Menciptamu
pergimu meninggalkan kami
kesayanganmu dan teman-teman
tangisan sayu pilu ratapi kesedihan
doa pedoman mengiringi pemergianmu
memohon pada-Nya Yang Maha Esa
agar membawamu ke pintu syurga
dengan ketenangan dan keimanan

* didedikasikan buat sahabat,
   moga dipelihara 0leh-Nya,
   bersama-sama 0rang-orang
   yang beriman di Sisi-Nya..
   Sama-sama kita sedekahkan
   AL-FATIHAH kepada hamba
   disayangi-Nya Allahyarham
   Jaafar Mohd Sehan..Juga
   memohon doa agar diberi
   keberkatan keatas rohnya..
   AMIN YA RABBAL AL-AMIN..  


Berikut di atas, kata2 yg dicipta oleh JøêzZðrt Ë-jõê
seorg sahabat Allahyarham mewakili mereka2 yg masih terasa dan amat terasa akan kehilangannya. Sesuatu yg sukar untuk dilupakan apabila mempunyai seorang sahabat sepertinya. Juga seorang sepupu yang rapat.

http://www.facebook.com/home.php?#!/notes/joezzdrt-e-joe/kau-sahabat/163981383639419

November 23, 2010

Washroom pun washroom lah

Beginning with a small place like toilet & kitchen make me take a deep breath. Further more to create more for my dining space & small living hall. Take a break n then small little garden at my balcony. But when take a deep thinking, sempat ke boleh ke or whatever, for sure is the satisfaction.....

November 19, 2010

Pergi buat selama-lamanya, Al fatihah

Abg Amir@Jaafar

Hari ini Jumaat 19hb Nov 2010 jam 3.30ptg waktu Malaysia, akhirnya Abg Amir @ Jaafar Mohd Sehan pergi buat selama-lamanya mengadap Ilahi meninggalkan insan2 yg disayangi dan yg menyayanginya. Meninggalkan Mak Lang (mak Abg Amir), K.Ita (isteri) dan 5 orang anak yg mana yg bongsu 2tahun. Meninggalkan kami semua selama-lamanya dan pergi yg takkan kembali. Setelah seminggu bertarung nyawa slps Jumaat lepas dimasukkan ke hospital Klang akibat terjatuh dlm boiler minyak 70deg di kilang ISF Port Klang dan melecur 70%, beliau menghembuskan nafas terakhir dihadapan semua yg hadir, isteri & anak2, ibu, adik beradik, ipar, mak & bapa saudara, sepupu2, saudara mara serta sekelian rakan2. Zu yg berada jauh di perantauan pun terbayangkan saat2 itu dan tidak dapat menahan airmata.

 Daripada Abdullah bin Amr berkata sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

Itulah hikmahnya. Meninggal diusia 45tahun yg boleh dikategorikan masih awal. Allah lebih menyayangi beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.
Sukar untuk dilupakan karakter beliau yg sentiasa buat orang happy. Itu semua kini hanya tinggal kenangan. Berakhir sudah diari hidup hari ini Abg Amir antara sepupuku yg rapat. Tiada lagi episod esok untuknya.
Al-fatihah.......Moga rohnya dicucuri rahmat.

November 17, 2010

Mum's kitchen


Ini ialah housing compound yg Zu stay di Al Khor, Qatar. Kecil je tp cukup selesa n bahagia.Hiasan ala kadar je sbb x cukup tools. Enjoy the photos.


November 13, 2010

Terjatuh dalam boiler



Apa itu boiler? Kalau ikut istilah kamus, cerek air mendidih. Tapi dlm istilah kilang industri, 
boiler adalah terdiri dari satu bekas tertutup, bertekanan tinggi yang digunakan untuk menghasilkan setim.  Peningkatan tekanan dalam boiler boleh menyebabkan berlakunya letupan.  Di samping itu air didalamnya adalah amat panas melebihi 100°C.  Kemungkinan yang berlaku semasa operasi boiler jika tekanan berlebihan ialah letupan, material (tiub) bengkok dan kebocoran. Jika ini berlaku ia boleh menyebabkan air yang panas tadi terkeluar.  Selain itu tiub yang terlampau panas (overheat) juga boleh menyebabkan kebocoran.  Walaupun hazard ini jarang berlaku tetapi jika ia meletup atau bocor boleh menyebabkan kehilangan nyawa atau kecederaan yang parah.
Kalau ikut istilah kamus pun kalau dah terkena sikit pun memang dah sakit sangat. Berhari2 kita akan rasa pedih dan merah. Inikan pula kalau dah terjatuh ke dalam industrial boiler. Itulah yg menimpa salah seorang daripada sepupu Zu yg memang rapat. Jaafar atau Zu panggil Abang Amir. Seorang yang sporting dan sentiasa buat orang gembira, rajin dan komitmen dengan kerja. Namun, semalam 12hb November 2010, beliau terjatuh ke dalam boiler ketika sedang melakukan routine sbgi supervisor. Melecur 70% badan di seluruh bdn kecuali muka dan tangan kiri. Astaghfirullahulazim.....cubalah kita bayangkan.Zu yg ada di Qatar ni pun dengar pun tak boleh tahan sedih, apatah lagi yg dtg menziarah di Hospital Klang.
 Mak Zu cerita ketika melawat di hospital, ada sedikit bahagian yg tak dibalut nampak bergelembung akibat melecur. Dan sepupu Zu ni mak kata walau pun dah umur masuk 40an tapi masih menangis kesakitan. Maknanya, teramatlah sakit yg dia rasakan. Diharap, pada Maklang (mak Abg Amir), K.Ita (wife) dan anak 5 orang beliau tabah menghadapi dugaan dan sama2 kita mendoakan agar Abg Amir sihat seperti biasa. 
Haruslah kita ingat bahawa, hanya org2 yg terpilih di sisi Allah untuk diberikan dugaan yg hebat, kerana itu menunjukkan Allah lebih menyayanginya agar menjadi orang yg lebih tabah. 
Amin.....

November 11, 2010

Signage Yanti & Jehan

Jehan

Thanx Jehan C206 & C207 Yanti from Al Khor, Qatar  coz sudi tempah signage FA dari Zu Collection.
Even not as much as beautiful as an expert Folk Art designer like Affeen n Mrs Lakshmi. N still improving, n feel better now n more after this, Insyaallah.

Yanti

November 9, 2010

Display Cabinet Eda Kota

  Display cabinet Eda ni last minute punya order. Desperate buy at Rawnaq Souq Ashiri n also desperate told to makeover her display cabinet. Within one day after finished Spa J, i tried hard to settle it becoz after this, i have to finish the FA signage of Yanti n Jehan. Not to forget have to finish tudung Jehan, K.Ina Haris n Ina Klot right before Eidul Adha. 

November 8, 2010

Mini Sofa KKhome Deco


 .
Perasan tak? Mini sofa KKHome Deco tu sama dgn curtain rumah Zu? Sama dgn alas meja n sarung kerusi n lamp shade?? Kain curtain tu kalau kat KKHome Deco rm100 semeter...tapi Zu x beli yg original. Nak beli 20 meter....mau kena rm2000ribu...baik beli barangan deco yg lain. Ni je kenangan yg ada masa pegi survey di KKHome Deco Nilai masa balik Mesia raya Aidilfitri aritu....

Nak tengok idea deco Zu yg lain???....Can visit http://rumahimpianzu.blogspot.com/

SPA J


Akhirnya siap juga signage SPA J...hakmilik Ju Aslim. Lama juga Ju suruh buatkan tp disbbkan Zu terpaksa settlekan kerja Zu yg lain maka lambat ckitlah.....Ju ni ada buat Spa ala2 Spa Q....package urut, lulur n spa. Tapi Spa ni kat Al Khor, Qatar ler....