November 13, 2010

Terjatuh dalam boiler



Apa itu boiler? Kalau ikut istilah kamus, cerek air mendidih. Tapi dlm istilah kilang industri, 
boiler adalah terdiri dari satu bekas tertutup, bertekanan tinggi yang digunakan untuk menghasilkan setim.  Peningkatan tekanan dalam boiler boleh menyebabkan berlakunya letupan.  Di samping itu air didalamnya adalah amat panas melebihi 100°C.  Kemungkinan yang berlaku semasa operasi boiler jika tekanan berlebihan ialah letupan, material (tiub) bengkok dan kebocoran. Jika ini berlaku ia boleh menyebabkan air yang panas tadi terkeluar.  Selain itu tiub yang terlampau panas (overheat) juga boleh menyebabkan kebocoran.  Walaupun hazard ini jarang berlaku tetapi jika ia meletup atau bocor boleh menyebabkan kehilangan nyawa atau kecederaan yang parah.
Kalau ikut istilah kamus pun kalau dah terkena sikit pun memang dah sakit sangat. Berhari2 kita akan rasa pedih dan merah. Inikan pula kalau dah terjatuh ke dalam industrial boiler. Itulah yg menimpa salah seorang daripada sepupu Zu yg memang rapat. Jaafar atau Zu panggil Abang Amir. Seorang yang sporting dan sentiasa buat orang gembira, rajin dan komitmen dengan kerja. Namun, semalam 12hb November 2010, beliau terjatuh ke dalam boiler ketika sedang melakukan routine sbgi supervisor. Melecur 70% badan di seluruh bdn kecuali muka dan tangan kiri. Astaghfirullahulazim.....cubalah kita bayangkan.Zu yg ada di Qatar ni pun dengar pun tak boleh tahan sedih, apatah lagi yg dtg menziarah di Hospital Klang.
 Mak Zu cerita ketika melawat di hospital, ada sedikit bahagian yg tak dibalut nampak bergelembung akibat melecur. Dan sepupu Zu ni mak kata walau pun dah umur masuk 40an tapi masih menangis kesakitan. Maknanya, teramatlah sakit yg dia rasakan. Diharap, pada Maklang (mak Abg Amir), K.Ita (wife) dan anak 5 orang beliau tabah menghadapi dugaan dan sama2 kita mendoakan agar Abg Amir sihat seperti biasa. 
Haruslah kita ingat bahawa, hanya org2 yg terpilih di sisi Allah untuk diberikan dugaan yg hebat, kerana itu menunjukkan Allah lebih menyayanginya agar menjadi orang yg lebih tabah. 
Amin.....

1 comment:

  1. nasib baik time tu suhu baru mencecah 70degree ,,belum naik sampai seratus lag..n then cecair dlm tu adalah minyak,membuatkan die lamabat untuk tenggelam,,kalau tak,,tau lah

    ReplyDelete