Kod LGQ
Size 2yrs
Layered Gown Sulam nama QISTINA
RM25
Quickly email me to grab the gown with embroidery name on it.
Keluarga hantar anak untuk menuntut ilmu tetapi kematian yang mereka terima. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham
Kita pasti dah atau belum mengetahui kes kematian seorang pelajar, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri (16 tahun) Maktab Tenetra Diraja setelah tidak sedarkan diri selepas dikenakan hukuman tekan tubi dan ditendang oleh rakannya di dalam sebuah bilik di sekolah itu.(24 JUN 2010). Sedikit sebanyak rentetan ringkas kejadia tersebut ada di bawah ini….13. Dan, semoga selepas ini kejadian ini tidak berulang sekali lagi.
- Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri merupakan anak sulung, datang dari keluarga susah tapi keputusan PMR cemerlang dan masuk Maktab tentera Diraja (MTD) pada Februari lalu.
- Aktif main ragbi dan sepatunya ada kejohanan ragbi SMSS pada minggu ini
- Kemudian datang pula pelajar-pelajar yang berlagak samseng kepada adik Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri diberikan hukuman tekan tubi
- Sekitar pukul 10:45 malam (23 JUN 2010) Sedang Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri melakukan tekan tubi itu, seorang pelajar MTD telah menendang perutnya sekali menyebabkan mangsa yang cuba berdiri dan berjalan menjadi tidak stabil dan kemudiannya terjatuh dan kepalanya terhentak ke lantai sebelum tidak sedarkan diri (23 JUN 2010)
- Seorang anggota tentera yang bertugas di MTD menerima maklumat bahawa pelajar terbabit pengsan di biliknya pada pukul 12.15 tengah malam.
- Mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) dan diberikan rawatan kecemasan selama 50 minit
- Pelajar malang tersebut, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, sempat diberikan rawatan kecemasan di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira pukul 1.20 pagi.
- Laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Besi pada pukul 2 pagi (24 JUN 2010)
- Jenazah Mohammad Naim Mustaqim selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Siong pada malam tadi (24 JUN 2010)
- Kes ni sudah dalam BOI (board of investigation) tentera dan jadi kes polis jugak
- Polis menahan lima pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (RMC) selepas diserahkan oleh pihak tentera kepada pihak polis jam 6.30 petang semalam
- Harapan, berikan hukuman setimpal kepada yang bersalah tidak kira anak yang berkedudukan tinggi sekalipun. Ehem……