August 4, 2011

Pada mereka yg suka kirim barang kat orang.........




Pernah tak orang kirim barang dengan korang tapi susah nak bayar harga barang tu? Punyalah berzaman nak tunggu?? Masa nak kirim memang manis mulut. Siap boleh nak suruh suruh kita beli yang mcmana pulak. Nak yang tebal tak nak yang nipis. Apa salahnya mcmana senang mulut nak kirim senanglah tangan nak bayar balik. Padahal yang nipis tulah yang up to date sedangkan yang tebal tu memang trend Malaysia je. Bila orang dah kirim n kita confident yang diorg ni bayar sbb dh keje n bgtau pulak gaji banyak. Kalau tak dapat gaji lagi (alasan biasa lambat bayar) bulelah mintak tolong sapa2 bayarkan dulu. Suruhlah sapa2 bayarka dulu. 2 kali aku tanya duit barang yang dia kirim sbb cara kirim tu nmpk mcm gong sgt. Susah payah aku pegi beli. First time masa bagi barang, mak sedara on behalf dia tolong jawab, nnti tengoklah mcmana.....Aik!!!Tengoklah mcmana???mcmana lagi, bayar je lah....Aku ok lagi mungkin terlupa bawa duit.....Nasibaiklah aku tak beli jam tangan berlian harga RM1000 yg mak sedara dia nak suruh beli tu. Kalau yg harga rm400 pun susah nak bayar inikan RM1000. Second time aku minta masa kebetulan pegi rumah mak sedara dia. Mak sedara dia juga tolong jwb, tahu taak dia jwb apa????Mcmana lah nak bayar mahal sangat.....Tahu kirim tahulah bayar.....Kalau harga sutera yang sepsg rm300 bule beli 2,3 psg takkan lah yg kirim kat org susah nak bayar. Ni kira mcm susah nak byr hutanglah.....Last sekali setelah diusahakan, akhirnya dapat jugak. Dapat jugaklah duit tu tapi SEPARUH saja yang dapat. Yang SEPARUH lagi mcmana???? Sorrylah kalau aku nak kira burn je. Baik aku sedekah dekat anak2 yatim, dapat jugak pahala. Yg lagi SEPARUH tu, tunggu jelah kalau dapat.  Orang yang mcmni takkan senang hidupnya sampai bila2. Itulah dia bahana kerana nak terlalu mengikut trend zaman sekarang pakai cotton......2psg kain cotton yang dikirim pun susah nak bayar. Bila tanya bila nak bayar, macam-macam alasan diorang bagi. Paling ok pun, tangguh sehari dua lagi nak bayar. Kalau dah sehari dua boleh bayar, kenapa hari ni tak boleh? Logik tak? Lainlah kalau dalam sehari dua tu ada posmen datang rumah hantar surat berisi duit haha. Ataupun mungkin orang tu nak rolling duit yang dia hutang dengan orang lain pulak? Entahlah. Orang yang suka kirim barang susah nak bayar ni selalunya ada penyakit lambat bayar hutang. Kenapa ada orang yang mcmni ye? Faktor asuhan, faktor keturunan, faktor ingin bergaya atau faktor apa ????
Jangan perkara begini terjadi kepada aku dan keluarga aku....Sebab itu aku kalau nak kirim brg aku selalu bagi duit dulu. Or kalau tak kirim duit dulu, aku terus je bagi duit lepas dapat barang......Or better jangan kirim apa2 kat orang, baik kita pegi beli sendiri....Or tahan nafsu drpd membeli....yelah drpd menyusahkan orang n menambah hutang........

0 comments:

Post a Comment